Strok Riskometer APK

Strok Riskometer  Icon
    
4.5/5
37 Ratings
Developer
AUT Ventures Limited
Current Version
1.0
Date Published
File Size
26M
Package ID
com.autel.malay
Price
$ 0.00
Downloads
100+
Category
Android Apps
Genre
Health & Fitness

APK Version History

Version
1.0 (*)
Architecture
all
Release Date
October 26, 2016
Requirement
Android 3.0 and up
  • Strok Riskometer Screenshot
  • Strok Riskometer Screenshot
  • Strok Riskometer Screenshot
  • Strok Riskometer Screenshot

About Radio FM 90s

Dipilih sebagai applikasi nombor 1 bagi kategori perubatan-tinjauan Healthtap

Para doktor memberi penilaian 4.5/5 bagi Strok Riskometer-https://www.healthtap.com/apps/38635

Lapan dari 10 strok yang berlaku dapat dicegah-anda bagaimana?

Strok Riskometer merupakan alat unik dan mudah digunakan dalam menaksir risiko anda mendapat serangan strok. Strok Riskometer berupaya menghitung risiko anda dengan menilai pelbagai faktor risiko seperti umur, jantina, bangsa, gaya hidup dan faktor

Anda juga boleh menyertai satu kaji-selidik antarabangsa, RiBURST, dimana anda boleh mengemukakan data anda supaya kami dapat meningkatkan pengetahuan mengenai strok dan faktor risiko berkaitan supaya kami dapat merancang dan mengembangkan langkah-langkah mencegah strok di serata dunia.

Ciri-ciri:
- Disokong oleh Organisasi Strok Sedunia ( World Stroke Organization) pertubuhan yang menerajui usaha menangani gejala strok, Persektutuan Jantung Sedunia (the World Heart Federation), Organisasi Strok Eropah (European Stroke Organisation) dan Persatuan Neurologi dan Epidemiologi Antarabangsa (International Association of Neurology and Epidemiology)

- Lakukan taksiran risiko strok anda dengan cepat bagi tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang.

- Lakukan taksiran sama ada setiap 3 atau 6 bulan, atau setiap setahun untuk mengawasi risiko strok anda.

- Bagi mereka yang ingin menguruskan penjagaanl kesihatan sendiri, individu yang berisiko serta mereka yang pernah mengalami strokEmel keputusan kepada individu pilihan anda.

- Bagi yang berumur 20 hingga 90+ tahun.

- Ketahuilah 4 gejala strok yang utama dengan berpandukan M.A.T.A.

- Sertai kaji-selidik RiBURST.


Naik-taraf ke Strok Riskometer PRO unutk mendapat nasihat persendirian, simpan dan pantau keputusan, tonton video bertemakan nasihat dari pakar-pakar atau emel keputusan kepada kenalan anda. Kongsi pengalaman anda melalui jaringan sosial.

Fakta
Strok merupakan sebab kematian nombor 2 di kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan punca kematian yang kelima kerap bagi mereka yang berusia 15-59 tahun. Bagi orang dewasa, strok merupakan salah satu dari penyebab utama kurang-upaya jangkamasa panjang tanpa mengira jantina, bangsa atau lokasi.

Enambelas juta orang akan mengalami serangan strok setiap tahun. Satu dalam 6 orang akan mengalami strok dalam hayat mereka dan setiap 6 saat berlaku kematian yang berpunca dari strok.

Strok boleh berlaku tanpa mengira umur atau masa

Kenyataan Organisasi Strok Sedunia:
Kelebihan Strok Riskometer adalah ianya membolehkan seseorang itu menghitung risiko strok sendiri dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Dengan maklumat sedemikan, individu tersebut boleh mengambil tindakan yang wajar, dengan bantuan doktor mereka, untuk mengurangkan risko mereka terkena strok atau serangan jantung. Jauh lebih mudah untuk mengelakan strok dari megubatinya. Sepertimana yang dinyatakan salah seorang pesakit saya, "strok terbaik adalah strok yang tidak terjadi!". Prof. Stephen Davis, Presiden, Organisasi Strok Sedunia.

Mengenai kami
Strok Riskometer adalah hasil titik-peluh Profesor Valery Feigin, dari Institut Kebangsaan bagi Strok dan Neurosains Gunaan (National Insititue for Stroke and Applied Neurosciences) AUT, unutk mengurangkan kejadian strok dan sekaligus menyelamatkan nyawa di seluruh pelusuk dunia. Ia dibawa ke pasaran oleh AUT Enterprises Ltd-pejabat pemindahan teknologi AUT-sebuah universiti bertempat di New Zealand. Penyunting versi Bahasa Melayu app in adalah Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim (Pusat Perubatan UKM, Kuala Lumpur, Malaysia), Dr. Ramesh Sahathevan (Calvary Helathcare Bruce, ACT, Australia) and Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya (Pusat Perubatan UKM Medical, Kuala Lumpur, Malaysia)

What's New in this version